Pages

Labels

Thursday, February 12, 2009

Cara install Ubuntu 8.10

Ubuntu 8.10 juga dikenali sebagai Intrepid Ibex, telah dikeluarkan pada 30 Oktober 2008, ia juga merupakan keluaran kesembilan dari Ubuntu OS. Tutorial dibawah menerangkan tentang cara bagaimana untuk install Ubuntu 8.10 ke dalam pc anda.

Kaedah ini amat mudah tetapi jika anda mempunyai masalah ketika meng install OS ini, sila tinggalkan komen dibawah artikel ini atau lawati mana-mana forum Ubuntu.

Langkah 1:
Anda harus mendapatkan Ubuntu 8.10 Desktop ISO image yang bersesuaian dengan sistem pc anda (i386 atau amd64) ia boleh di muat turun dari website ubuntu (www.ubuntu.com). Selepas itu, sila burn iso file menggunakan perisian burning (Brasero on Ubuntu or Nero, CDBurnerXP, Roxio on Windows) ke dalam blank cd.Masukkan cd tersebut dan restart pc anda. Untuk mengaktifkan boot from cd... tekan F8 atau F12 (bergantung pada jenis BIOS) dan pilih CD/DVD-ROM sebagai boot devices yang petama.

Langkah 2:
Pilih bahasa anda.. (biasanya English). Lepas tu, pilih install ubuntu. ikuti arahan selanjutnya seperti pilih bahasa, keyboard layout, kedudukan server dan sebagainya.







Langkah 3:
Setup partitioning untuk sistem ubuntu, biasanya ubuntu akan menganalisis kapasiti hard disk, secara automatik. Anda harus memilih cara partitioning dibuat seperti automatik, manual atau keseluruhan hard disk untuk sistem ubuntu.






Langkah 4:
Isikan username, password, dan beberapa maklumat login. Pastikan anda mengingati username dan password login kerana ia akan digunakan setiap kali anda login ubuntu.



Langkah 5:
Setelah semuanya selesai, klik button install dan tunggu hingga tamat dan pilih restart. Keluarkan cd dan klik enter untuk shutdown komputer.





Langkah 6:
Pilih ubuntu pada boot menu (sekiranya anda memiliki 2 atau lebih sistem operasi). Masukan username dan password pada ubuntu login page dan anda boleh mula menggunakan ubuntu.





Selamat mencuba...!!